Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pewartaan itu dibuat secara berperingkat bermula pada 13 Mac tahun lalu sebanyak 31,219 hektar diikuti 29 Julai lalu (14,480 hektar) dan yang terbaru semalam iaitu seluas 76,205 hektar.
Beliau berkata, pewartaan kawasan tersebut menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hasil bumi dianggarkan bernilai lebih RM3 bilion kerana tidak boleh menebang balak di situ.
''Kami berharap Kerajaan Pusat menimbangkan pemberian geran berikutan kesediaan kerajaan negeri mewartakan kawasan tersebut sebagai kawasan tadahan hujan.
'''Jumlah geran yang diminta akan ditentukan kemudian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darulaman di sini hari ini.
Azizan berkata, kerajaan negeri turut bersetuju mewujudkan tiga taman negeri melibatkan keluasan kira-kira 65,000 hektar bagi memastikan khazanah hutan yang berharga termasuk hidupan flora dan faunanya terpulihara, sekali gus dijadikan sebagai destinasi pelancongan.
Beliau berkata, kawasan yang dipilih ialah Taman Negeri Ulu MUda berdekatan Tasik Pedu membabitkan keluasan sebanyak 27,196 hektar, Taman Negeri Lembah Bujang, Merbok (11,636 hektar) dan Taman Negeri Langkawi melibatkan kawasan seluas 26,163 hektar.
Menurut beliau, taman-taman negeri itu adalah di bawah kelolaan kerajaan negeri dan akan dikendalikan oleh Jabatan Hutan menerusi kos tertentu yang belum diputuskan.
''Mesyuarat Exco telah meluluskan perkara ini dan kita akan mewartakannya dalam tempoh terdekat," katanya.
Ulasan: Nampaknya kerajaan Pakatan Rakyat lebih mesra alam sekeliling. Terima kasih kerana memberi hak untuk hutan hidup di Kedah.
No comments:
Post a Comment