Friday, October 02, 2009

Kerjasama galak kadar kelahiran

KUANTAN 1 Okt. - Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) akan mengadakan kerjasama dengan Pusat Fertiliti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam usaha menggalakkan kadar kelahiran di negara ini.

Pengasas TAFF, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar bertitah, kerjasama itu bertujuan memberi harapan kepada pasangan suami isteri di negara ini yang telah lama berkahwin tetapi belum mempunyai anak.

"Diharap kerjasama itu akan membantu pasangan yang telah berkahwin tetapi belum mempunyai anak dan menggalakkan kadar kelahiran melalui kaedah moden," titah baginda kepada pemberita di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini…

Ulasan: Kalau tidak ada alasan kesihatan, janganlah kita menghalang dari mengandung anak yang halal dari suami yang sah. Kerana Rasulullah s.a.w. berbangga dengan umatnya yang ramai. Yang pastinya kalau bilangan umat Melayu Islam di negara ini rendah kita akan terus di permainkan oleh orang kafir. Lihat apa jadi kepada Melayu di Singapura sebagai iktibar.

No comments: