JAKARTA 1 Okt. - Noordin Mat Top yang terbunuh dalam serbuan pasukan anti pengganas polis Indonesia di Solo baru-baru ini dicam oleh ahli keluarganya berdasarkan tahi lalat di hidung dan giginya.
Adik Noordin, Yahya Mat Top yang membuat pengecaman itu di Hospital Polis Indonesia di sini hari ini berkata, tanda berkenaan dicam pada Noordin sejak kecil lagi.
"Tanda yang saya lama kenal sejak kecil iaitu hidung. Ada tahi lalat dan giginya," kata Yahya kepada wartawan di sini hari ini.
Sementara itu wakil Polis Diraja Malaysia, Datuk Muhammad Fauzi Harun turut hadir untuk mengurus dan membawa pulang jenazah Noordin ke Malaysia.
"Jadi kita selesai urusan dengan polis Indonesia. Kami ucapkan terima kasih kepada pimpinan polis kerana kami dapat membawa pulang jenazah esok pagi," katanya.
Menurut beliau, Noordin turut dicam oleh isterinya, Siti Rahmah dan Yahya.
Dalam pada itu, jurucakap polis Indonesia, Sulistyo Ishak berkata, ketiga-tiga isteri Noordin, Siti Rahmah, Munfiatun dan Arina sudah melihat jenazah suami mereka dan yakin lelaki berjanggut panjang itu ialah Noordin.
Detiknews melaporkan ketiga-tiga isteri Noordin menyebut "Assalammualaikum abang. Kami datang" ketika melihat jenazah Noordin.
Keluarga Noordin dari Malaysia tiba di hospital berkenaan pada pukul 1.20 petang waktu tempatan…
Ulasan: Semoga Allah menerima susah payahmu berjuang untuk menegakkan dan memenangkan Islam semampumu. Semoga Allah mengurniakanmu tempat di syurga Firdaus. Kita pula bila sanggup mati kerana membela dan memenangkan agama Allah?
No comments:
Post a Comment