Thursday, October 29, 2009

Pesawat tanpa juruterbang salah

LONDON 28 Okt. - Peguam-peguam Britain yang berusaha mendesak supaya Israel bertanggungjawab ke atas tindakan mereka menyerang Genting Gaza pada tahun lalu telah meningkatkan kempen undang-undang dengan cuba menahan pegawai tentera Israel yang memasuki negara ini.

Mereka bercadang untuk mendapatkan waran tangkap dari mahkamah Britain ke atas individu yang mempunyai kaitan dengan jenayah perang untuk diletakkan dalam tahanan jika memasuki negara ini, menurut Daniel Machover, peguam penyelaras kumpulan guaman.

"Kami telah mengumpulkan bukti. Jika seorang daripada suspek memasuki Britain, kami bersedia untuk membawanya ke balai polis dan ke mahkamah dengan bukti yang ada," kata Machover yang juga dari syarikat Hickman & Rose.

Belum ada maklum balas berhubung cadangan tersebut daripada Kementerian Kehakiman Britain…

Ulasan: Terbukti negara haram Israel telah banyak mendatangkan masalah dan malapetaka kepada jiran-jirannya. 

No comments: