Friday, October 16, 2009

Graduan jangan hanya kecam rasuah semasa menuntut

SHAH ALAM 15 Okt. - Graduan universiti diingatkan tidak hanya lantang mengecam pelbagai salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku semasa sedang menuntut di menara gading tetapi melakukan kesalahan itu apabila bekerja dan menjawat jawatan tinggi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata, para graduan juga perlu segera insaf jika terlibat dalam salah guna kuasa, tidak lupa diri dan tidak terus menjadi jaguh korupsi. 

''Janganlah kita menuntut sesuatu berasaskan kepada emosi dan sentimen semata-mata. 

''Tetapi ia haruslah berasaskan kepada ilmu, kelulusan, kebolehan dan pengetahuan berpandukan keyakinan dan iman dengan erti kata sebenar," kata beliau. 

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kerajaan dan Politik) yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Istiadat Konvokesyen Ke-71 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini…

Ulasan: Jangan biasakan memberi rasuah kepada pelajar.  Contohnya bila kemudahan yang ada bila pelajar mewakili team Aspirasi dalam pilihan raya kampus. Biar mereka matang sendiri dari pengalaman berjuang.

No comments: