Monday, October 05, 2009

Pembangkang main taktik kotor

LARUT 4 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembangkang akan terus menggunakan pelbagai taktik kotor dalam menghadapi kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri mahu jentera parti Barisan Nasional (BN) mematahkan tindakan tersebut dengan meningkatkan usaha mendekati dan memberi penjelasan kepada para pengundi kawasan terbabit.

''Kita beri amaran kepada ahli-ahli parti supaya menghadapi kemungkinan pihak parti lawan main kotor dan main kasar nak tunjuk belang.

''Maklum balas yang kita dapat, mereka berasa tertekan kerana calon kita (BN) jauh lebih popular," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Larut di Dewan Majlis Daerah Selama di sini hari ini…

Ulasan: Kalau pembangkang iaitu PAS main taktik kotor, SPR dan polis akan cepat menyiasat. Tapi kalau BN/UMNO main taktik kotor, berupayakah SPR dan polis menyiasat? Semua rakyat tahu yang sebenarnya selalu bermain taktik kotor.

No comments: