KUALA LUMPUR, 7 Okt: Anggota tentera digesa tidak gentar dan berasa takut untuk mengundi calon PAS dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang kelak kerana menjadi tugas tentera untuk memerangi musuh negara iaitu rasuah.
Seruan ini dilahirkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu kenyataannya kepada anggota keselamatan negara yang akan membuang undi pos tidak lama lagi.
Katanya, anggota tentera wajar memimpin gerakan kebangkitan rakyat dalam memerangi penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin sesebuah negara sebagaimana yang berlaku di negara-negara lain…
Ulasan: Tentera pun jadi PENAKUT menentang kezaliman berpaksikan rasuah? PRK Bagan Pinang akan membuktikan tidak, Insya Allah. Bila kerajaan Malaysia melaksanakan keadilan tanpa rasuah, semua orang termasuk TENTERA akan merasakan ketenteramannya.
Dakwaan Kelantan mundur, Idris jawab Muhyiddin
TELOK KEMANG, 6 Okt: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membandingkan jumlah banglo Melayu di Kuala Krai dan di Pagoh terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan kononnya Kelantan adalah negeri yang mundur, kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.
"Saya percaya Muhyiddin sebelum ini berulang alik ke Kuala Krai untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Manek Urai.
"Saya harap dia ada mata untuk melihat berapakah jumlah banglo Melayu di sekitar pekan Kuala Krai dan sebagai wakil rakyat Pagoh, cuba kira berapa banyak pula banglo Melayu di sekitar pekan Pagoh. Saya tidak mahu sebut Pasir Mas kerana bimbang tidak padan dengan Pagoh."
"Selepas itu, baru bercakap tentang soal pembangunan di Kelantan," kata beliau…harakahdaily.net
Penerima biasiswa k’jaan boleh sokong pembangkang
Penerima biasiswa dan bantuan kerajaan boleh menyokong pembangkang kerana bantuan yang disalurkan itu bukannya datang dari poket para pemimpin tetapi dari sumber kekayaan negara, kata seorang pemimpin PAS Khalid Samad.
Beliau, yang juga ahli jawatankuasa lajnah politik parti itu, berkata soal “berterima kasih” – seperti yang sering diuar-uarkan pemimpin BN dalam kempen-kempen pilihanraya – hanya akan digunakan oleh pemimpin-pemimpin yang terdesak.
“Saya rasa kita perlu berterima kasih, pertama sekali kepada tuhan, sebab itulah kita perlu taat kepada perintahnya dan mendukung perjuangan politik yang telah ditetapkannya kepada kita,” kata ahli parlimen PAS itu.
Beliau seorang penerima biasiswa kerajaan ketika melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada hujung 1970-an.
“Nombor dua, kita mesti berterima kasih kepada negara sebab duit yang digunakan untuk biasiswa kita itu bukanlah daripada poket mana-mana individu, tetapi daripada kekayaan negara,” kata Khalid, graduan Universiti Leeds dalam bidang kejuruteraan petroleum.
“Sebab itulah kita mesti mengejar agenda yang bertujuan ke arah menjadikan negara lebih baik,” katanya lagi dalam satu temuramah eksklusif dengan Malaysiakini pada hujung minggu lalu…
http://ntvirus.wordpress.com/2009/10/06/penerima-biasiswa-kjaan-boleh-sokong-pembangkang-khalid/
No comments:
Post a Comment