Friday, October 09, 2009

Belum ada keputusan ambil alih PLUS

PARIS 8 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, belum ada apa-apa keputusan mengenai cadangan pengambilalihan syarikat pengendali tol terbesar di negara ini, PLUS Expressways Bhd. (PLUS).

Malah, kata Perdana Menteri, beliau belum berpeluang mengkaji cadangan tersebut.

''Saya belum lihat cadangan itu, kita belum ambil keputusan muktamad," katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasminya ke negara ini di sini semalam.

Baru-baru ini, sebuah akhbar Singapura melaporkan sebuah syarikat Malaysia, Asas Serba Sdn. Bhd. telah mengemukakan cadangan bernilai RM50 bilion untuk mengambil alih PLUS.

Laporan menyebut Asas Serba diwakili oleh Pengerusi Dewan Perdagangan Melayu Kuala Lumpur, Datuk Syed Amin Aljeffri, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pinelabs (M) Sdn. Bhd., Ibrahim Bidin, bekas Ketua Pegawai Operasi PLUS, Wan Kamaruddin Wan Mohamed Ali dan Pegawai Eksekutif Sepang Aircraft Engineering Sdn. Bhd., Syed Budriz Putra.

Mengenai cadangan penstrukturan kadar tol, kata Perdana Menteri, ia masih dikaji oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).

''Kajian EPU itu perlu diselesaikan dulu sebelum keputusan muktamad dibuat," katanya.

PLUS merupakan pengendali lebuh raya terpanjang milik kerajaan melalui Khazanah Nasional sebanyak 24 peratus dan 40 peratus lagi oleh syarikat milik Khazanah, Kumpulan UEM Bhd.

Baki 22 peratus kepentingannya dipegang oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Permodalan Nasional Bhd., sekali gus menyaksikan penguasaan kerajaan lebih 80 peratus…

Ulasan: Hujungnya apa kebaikan untuk rakyat dengan bertukarnya pengendali lebuh raya? Apakah sekadar perebutan bola di kalangan orang BN/UMNO untuk menyedut duit rakyat?

No comments: