Thursday, October 01, 2009

Amah: Indonesia terus beku

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Indonesia akan terus membekukan bekalan pembantu rumah ke negara ini selagi Akta Kerja 1955 tidak dipinda. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia diminta menyelesaikan segera pindaan tersebut bagi membolehkan tindakan pembekuan amah ke negara ini ditarik semula.

Konsul Penerangan, Sosio dan Budaya Kedutaan Besar Indonesia, Widyarda Ryananta berkata, pembekuan amah ke Malaysia sejak 25 Jun lalu adalah untuk menilai semula penempatan dan perlindungan amah Indonesia di negara ini berikutan aduan golongan itu didera.
''Sehingga hari ini kerajaan Indonesia belum mengeluarkan arahan baru untuk menarik semula pembekuan penghantaran amah ke sini (Malaysia).

''Indonesia hanya akan membenarkan penghantaran amah selepas akta tersebut selesai dipinda,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam…

Ulasan: Bayangkan nasib perempuan yang bekerja jauh dari keluarga @ negara sendiri dalam suasana yang penuh fitnah. Semoga anak-anak kita tidak jadi sedemikian.

Negara porak-peranda angkara warga asing
SAYA terpanggil untuk menulis di ruangan ini kerana kebanjiran warga asing di negara kita amat membimbangkan. Lihat saja siapa yang menguasai ibu negara apabila kebanyakan warga kota pulang berhari raya di kampung.

Kehadiran terlalu ramai warga asing kerana mentaliti 'tidak apa' dan 'tidak kisah' yang membelenggu kita. Rakyat negara ini sudah sampai ke tahap sangat memerlukan pekerja asing untuk menjalankan tugas seharian seolah-olah tanpa mereka kita tidak boleh hidup.

Sekarang pekerja asing bukan saja bekerja di bandar besar, malah di kampung juga mereka diperlukan untuk bekerja di ladang sawit dan menoreh getah. Punca lain yang menyumbang kepada kebanjiran warga asing ialah sikap sebilangan besar belia negara ini yang lebih rela menganggur daripada melakukan kerja dianggap susah dan kotor.

Kebanjiran warga Indonesia di negara ini boleh dikatakan tidak terkawal seolah-olah ini adalah 'dasar transmigrasi' dengan warga Indonesia berhijrah secara beramai-ramai ke Malaysia dan menetap terus di sini. Kini warga Afrika pula boleh ditemui di mana-mana malah ada yang berniaga di kaki lima. Selain memberi ancaman keselamatan, harus diingat kehadiran warga asing dari pelbagai negara turut memberi kesan serius kepada masalah sosial di kalangan masyarakat.

Wanita Indonesia menggunakan peluang bekerja di negara ini untuk berkahwin lelaki Melayu yang kebanyakannya sudah beristeri, sekali gus meruntuhkan rumah tangga.

Lelaki Indonesia tidak kurang hebatnya dengan memukau gadis tempatan dibawa lari ke Indonesia. Lelaki Bangladesh pula kerap terbabit dengan kes maksiat dengan perempuan Melayu yang kini nampaknya semakin menjadi-jadi.

Daripada kes cabul, rogol kini merebak kepada khalwat dan hubungan di luar nikah yang menjadi lesen untuk mereka berkahwin dengan gadis tempatan. Baru-baru ini akhbar tempatan mendedahkan aktiviti wanita China yang berkahwin dengan lelaki tempatan sebagai taktik untuk melacur.

Adakah kita hendak melihat masyarakat porak-peranda dengan membiarkan lebih ramai warga asing masuk ke negara ini tanpa had? Saya berharap pihak berkuasa dapat bertindak sekarang sebelum terlambat. Jika perlu hantar saja anggota penguat kuasa kita ke Singapura untuk belajar dari negara berkenaan bagaimana bersikap tegas dalam menangani isu yang semakin menjadi barah ini.

M FAISAL,
Kuala Lumpur.
http://kedahlanie.blogspot.com/

Ulasan: Rasuah menyebabkan negara di rundung berbagai masalah. Kalaulah kakitangan kerajaan tak makan rasuah....

No comments: