Friday, October 23, 2009

Tempoh tahanan ISA 30 hari?

PUTRAJAYA 22 Okt. - Tempoh penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mungkin dipendekkan dari 60 hari kepada 30 hari.

Itu antara maklum balas paling banyak diterima oleh kerajaan dalam sesi pertemuan awam berhubung pindaan akta berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, cadangan tersebut sedang dipertimbangkan dan akan dibahaskan di Dewan Rakyat tidak lama lagi.

"Ada yang mencadangkan tempoh penahanan dikurangkan kepada 30 hari, ada juga yang mahu ia dilanjutkan.

"Bagi meyakinkan rakyat bahawa kita adil dan telus, semua cadangan itu akan dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada persidangan akhbar selepas mempengerusikan sesi pertemuan awam mengenai ISA di pejabatnya di sini hari ini.

Antara pihak yang terlibat pada sesi tersebut ialah dekan-dekan fakulti undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Malaya; wakil-wakil dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia Malaysia, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) serta Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Kementerian Dalam Negeri sebelum ini telah mengadakan empat sesi pertemuan awam melibatkan agensi-agensi penguat kuasa, pertubuhan- pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pakar-pakar akademik, pengamal undang-undang, ahli-ahli politik, Ahli-ahli Parlimen serta individu-individu…

Ulasan: Bukan masalah memendekkan tempoh tahanan. Hapuskan ISA yang zalim selama ini. Senang: Hadapkan ke mahkamah atau bebaskan.

No comments: