KUALA LUMPUR 28 Okt. - Sikap berat sebelah dikenal pasti sebagai antara punca berlakunya serangan ke atas negara-negara tertentu terutamanya yang tidak mempunyai 'perlindungan' senjata pemusnah besar-besaran (WMD).
Ahli Parlimen Britain, George Galloway berkata, pemilikan WMD kini menggambarkan kekuatan pertahanan sesebuah negara.
Kata beliau, sikap berat sebelah dan double standard tersebut menyebabkan negara-negara dengan WMD ini tidak berani diusik sebaliknya negara tanpa senjata itu akan menjadi mangsa.
''Jepun tidak diserang kerana ia memiliki WMD berbanding Iraq yang tidak membangunkan senjata sedemikian,'' katanya pada sesi pertama Persidangan dan Pameran Menjenayahkan Perang Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Sesi bertajuk Melanggar Undang-Undang Antarabangsa itu mengupas isu mengenai undang-undang antarabangsa serta kegagalan institusi antarabangsa menguruskan jenayah perang…
Ulasan: Sikap sikap berat sebelah dan double standard negara maju banyak mendatangkan kesan buruk kepada negara belum maju.
No comments:
Post a Comment