Friday, October 16, 2009

Bangkit untuk berubah

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Setiap pemimpin dan ahli UMNO diminta bangkit menyalakan obor perubahan bagi memartabatkan perjuangan parti dengan keutamaan kepada kebajikan dan keperluan rakyat untuk membentuk kerajaan yang kuat serta stabil.

Dengan nada lantang dan tegas, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyemarakkan semangat setiap perwakilan supaya bangkit bersama-samanya kerana amanah yang besar itu tidak mampu dipikul oleh beliau bersendirian.

“Bangkitlah semua bersama-sama saya,” seru Najib sambil para perwakilan dan tetamu spontan berdiri menyahut seruan beliau dengan memberikan tepukan gemuruh…

Ulasan: Tahniah sekiranya mahu bangkit untuk berubah. Sudah sekian lama pemimpin UMNO akan bersenandung dan menjerit Hidup Melayu sewaktu Perhimpunan Agung Umno di PWTC. Selagi rasuah membelit UMNO, perjuangan pemimpin ialah untuk membeli perwakilan yang kini lebih ramai, khabarnya 146,500 orang dan untuk mengkayakan peribadi seperti sebelumnya. Rakyat orang Melayu sudah meluat dengan perjuangan UMNO yang tak pernah habis-habis. Sampai bila rakyat orang Melayu akan di peralatkan untuk kepentingan peribadi pemimpin-pemimpin UMNO dari pelbagai pangkat?

No comments: