Thursday, October 15, 2009

Pindaan bersejarah jadikan UMNO lebih demokratik

KUALA LUMPUR 14 Okt. – UMNO bakal melakar sejarah baru esok apabila lebih 2,500 perwakilannya dijangka meluluskan pindaan pada tujuh fasal perlembagaan parti itu termasuk menyerahkan pemilihan pucuk pimpinan kepada kelompok ahli yang lebih besar.

Dalam sejarah penubuhannya 60 tahun lalu, ini kali pertama pindaan dilakukan oleh UMNO bagi menjadikan ia lebih demokratik dengan pemilihan pemimpin tidak terletak di tangan sekumpulan perwakilan seperti sekarang.

Matlamatnya ialah untuk memastikan pemimpin benar-benar datang daripada akar umbi di samping mengelakkan penyelewengan terutama politik wang.

Naib Presidennya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pindaan itu hanya membabitkan tujuh fasal dan 41 klausa.

Namun katanya, ia merupakan sesuatu yang bersejarah dan bakal memberi kesan besar kepada parti.

Sebab itu katanya, penerimaan secara sebulat suara oleh lebih 2,500 perwakilan amat diharapkan…

Ulasan: Kelompok ahli yang lebih besar tak semestinya baik. Yang penting ialah apakah pemimpin itu yang cintakan dunia atau cintakan akhirat? Jelas berlaku depan mata kita bahawa pemimpin yang cintakan dunia akan meneruskan mencari kekayaan melalui kuasa. Sama-samalah kita lihat.

No comments: