Wednesday, October 07, 2009

Obama berjanji hapuskan al-Qaeda

MCLEAN, Virginia 7 Okt. – Presiden Barack Obama hari ini berjanji untuk menghapuskan gerakan al-Qaeda hingga ke akar umbi dan memastikan Amerika Syarikat selamat daripada serangan pengganas.

Obama memberitahu penganalisis perisikan di Pusat Anti Pengganas Kebangsaan di Virginia bahawa beliau tidak boleh menafikan kemungkinan berlakunya serangan di masa akan datang, tetapi beliau berjanji akan melakukan apa sahaja untuk menghalangnya.

“Kami tahu al-Qaeda dan sekutu pelampaunya mengancam nagara dari seluruh pelusuk dunia seperti dari Pakistan, Afrika Timur, Asia Selatan Eropah dan negara-negara Teluk.

“Sebab itu kami memberi perhatian berhubung isu ini dan tidak henti-henti menekan al-Qaeda,” kata Obama,” tegas Obama. – AFP

Ulasan: Amerika Syarikat boleh menghapuskan al-Qaeda dengan menukarkan sikap kekejaman hubungan luar negaranya. Al-Qaeda dan seumpamanya wujud kerana sebagai membalas dendam terhadap perangai kuasa besar terutamanya AS. 

No comments: