Wednesday, October 14, 2009

Keputusan mahkamah China semarakkan kemarahan Uighur

WELLINGTON 13 Okt. - Pemimpin Uighur yang hidup dalam buangan, Rebiya Kadeer menganggap keputusan mahkamah China di Xinjiang menjatuhkan hukuman mati ke atas enam warga Uighur berhubung rusuhan pada Julai lalu, hanya akan memarakkan lagi kemarahan kaum itu.

Rebiya yang mengetuai Kongres Uighur Sedunia berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) berkata, beliau yakin defendan etnik Uighur itu tidak dibicarakan mengikut undang-undang China atau antarabangsa.

"Hukuman itu tidak akan membantu mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau itu, sebaliknya akan memarakkan lagi kemarahan kaum Uighur," kata beliau dalam satu wawancara semasa lawatan ke New Zealand hari ini, sehari selepas hukuman tersebut dijatuhkan oleh mahkamah di Urumqi, ibu kota Xinjiang…

No comments: