KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pergerakan Wanita UMNO mencadangkan kepimpinan tertinggi mewujudkan satu model politik baru bagi memastikan parti itu terus relevan serta memenuhi cita rasa dan kehendak rakyat sama ada di peringkat tempatan, nasional dan global.
Wakil Wanita UMNO Kedah, Norhanita Md. Isa berkata, cadangan tersebut dibuat ekoran perkembangan semasa ketika ini yang menuntut satu perubahan terhadap perlembagaan parti itu.
….''Sebaliknya, agenda agama, bangsa dan negara perlu ditingkatkan. Sikap ego, materialistik seperti mahu kereta besar, rumah besar dan semuanya besar perlu dihentikan,'' jelasnya.
Ulasan: Model politik baru perlukan paradigm baru. Tapi hanya satu cara yang telah terbukti sepanjang sejarah manusia, yang boleh menyebabkan ahli politik UMNO bertukar menjadi tidak ego dan tidak materialistik iaitu dengan mengamalkan Islam setepatnya, dengan cintakan Allah dan cintakan akhirat.
No comments:
Post a Comment