KUALA LUMPUR 22 Okt. — Pembelian dua kapal selam jenis Scorpene iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak tidak dibuat secara tender terbuka kerana dikhuatiri ia akan mendedahkan sistem pertahanan negara kepada musuh, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, keadaan yang sama juga turut diamalkan oleh negara lain seperti India, Chile dan Brazil.
"Kalau tender terbuka, maknanya kita sudah pun mendedahkan rahsia pertahanan negara kepada musuh. Sebab itu prosedur untuk mendapatkan aset pertahanan, tak ada negara yang membuat tender terbuka untuk kapal selam,” katanya menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping).
Nga turut bertanya mengenai keistimewaan syarikat DCNS dari Perancis dan Navatia dari Sepanyol yang membekalkan kapal selam itu.
Abdul Latiff berkata, sebelum membuat rundingan harga kapal selam itu, kerajaan telah mengkaji semua aspek termasuk kesesuaian dengan keselamatan negara. – Bernama
Ulasan: Keselamatan negara TIDAK bermakna boleh berlaku rasuah dan penyalahgunaan kuasa melalui pelbagai komisyen. Katakan TIDAK kepada RASUAH.
No comments:
Post a Comment