Tajuk asal: UMNO Sudah Kalah Fasa Pertama
Isa Samad diramalkan menang oleh ramai penyokong UMNO untuk PRK kali ini. Setelah siri kekalahan hatrik Hero di semua kawasan pilihanraya di semenanjung, peluang untuk UMNO menang sedikit cerah. Ya benar. Ia adalah kawasan UMNO dan boleh dianggap 'kubu' UMNO.
Rekod Isa, dia pernah digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Isa memenangi jawatan naib presiden Umno bagi penggal 2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi, iaitu undi tertinggi mengatasi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi). Bagaimanapun kemenangannya itu kemudiannya dibatalkan selepas didapati bersalah terhadap tuduhan amalan politik wang dalam pemilihan tersebut.
Seorang jurucakap Umno bahagian Teluk Kemang pula berkata, apa jua isu yang dibangkitkan oleh pambangkang, akan dijawab sepanjang tempoh kempen tersebut. Mereka juga menyifatkan Isa sudah jalani hukuman, dan memberi persamaan dengan kemenangan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh biarpun Anwar terpalit dengan isu liwatnya. Jika Anwar boleh menang, maka Isa pun boleh menang.
Di sini, saya tidak nampak sedikitpun persamaan sebagaimana UMNO bahagian Teluk Kemang katakan. Mana mungkin orang yang belum didapati bersalah, disamakan dengan orang yang sememangnya didapati bersalah? Malah dari sudut kesalahan pun, rasuah yang ditukar jadi "politik wang" tidak dikenakan hukuman sivil seperti dipenjara dan hanya dikenakan tindakan disiplin dan tatatertib sahaja. Adakah rakyat menilai dan memberi persepsi hukuman itu dari sudut yang sama? Saya rasa tidak.
Biarpun bahagian UMNO Teluk Kemang yakin dan bermatian membela calon keris mereka, saya tidak yakin mereka mampu menangkis apabila isu rasuah ini diputarkan balik. Bukan apa, Mahathir Mohamad pun tidak akan berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil kali ini kerana “tidak mampu menangkis apabila isu rasuah timbul”. Inikan pula UMNO bahagian je.
Apapun, saya menantikan keputusan fasa kedua semasa pilihanraya kecil berlansung. Adakah UMNO kalah lagi sebagaimana fasa pertama? Wallahua’lam.
http://jilfityan.blogspot.com/2009/10/umno-sudah-kalah-fasa-pertama.html
Ulasan: Ada orang dan parti yang gilakan kemenangan tanpa menghiraukan wibawa dan maruah...
No comments:
Post a Comment