PUTRAJAYA 28 Okt. - Kes rasuah melibatkan sektor swasta di negara ini semakin serius dan meningkat kebelakangan ini.
Mendedahkan demikian hari ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, sehingga 30 September lalu, sebanyak 56 kes melibatkan sektor swasta telah diambil tindakan oleh suruhanjaya itu.
''Mana-mana negara yang semakin maju meningkatkan lagi peranan sektor swasta dan sejarah menunjukkan keruntuhan sebuah negara bermula dengan runtuhnya sektor perbankan dan firma besar.
''Kerana itu rasuah di peringkat sektor swasta perlu dibendung dari peringkat awal lagi," katanya pada taklimat kepada para pengarang media di sini.
Menurut Abu Kassim, kes rasuah melibatkan pertuduhan terhadap sektor awam sehingga 30 September lalu pula adalah meliputi satu kes dari pengurusan tertinggi, pengurusan dan profesional (18 kes) dan sokongan (46 kes).
Katanya, setakat ini kekuatan SPRM merangkumi 1,900 anggota termasuk 500 pegawai penyiasat…
Ulasan: Tindakan adil SPRM tanpa mengira siapa akan menyebabkan SPRM dihormati kawan dan lawan.
No comments:
Post a Comment