Wednesday, October 28, 2009

PM Thai timbang beri autonomi di selatan Thai

BANGKOK 28/10/09 - Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva semalam secara terbuka menyambut baik saranan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kuasa autonomi dilaksanakan di wilayah majoriti penduduk Islam di selatan Thai yang bergolak sejak Januari 2004.

Menurut Abhisit, beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan lebih mendalam semasa Najib melawat Thailand pada Disember ini. 

"Ia satu langkah baik. Kerajaan saya berusaha untuk menghasilkan cadangan itu," kata Abhisit. 

Najib ketika diwawancara akhbar The Nation yang disiarkan kelmarin mengesyorkan Bangkok memberi 'satu bentuk autonomi' kepada wilayah itu setelah lebih 3,900 penduduk mati akibat serangan gerila pemisah… http://202.190.126.83/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Ulasan: Eloklah untuk menyelamatkan rakyat dari bergaduh sesama sendiri.

No comments: