Friday, October 09, 2009

Utusan Pemuda BN/UMNO

DALAM usaha menarik pengundi mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Pergerakan Pemuda UMNO telah melancarkan gerak gempurnya yang dikenali sebagai Utusan Pemuda.

Melalui gerak kerja ini, ahli-ahli pergerakan itu akan mengedarkan risalah mengenai BN kepada pengundi di Bagan Pinang bagi memberi penerangan mengenai isu berbangkit.

Antara bahan yang diedarkan termasuk Buletin Bagan Pinang yang diterbitkan khas sempena pilihan raya kecil itu.

Ulasan: Wahai belia, eloklah tinggalkan mana-mana wadah perjuangan yang lebih banyak merosakkan bangsa kita selama ini daripada membaikinya.

No comments: