JAKARTA 8 Okt. - Hartawan kontroversi, Aburizal Bakrie dipilih mengetuai Parti Golkar hari ini selepas parti pemerintah pada era Suharto itu menghadapi kekalahan paling buruk pada pilihan raya di republik ini.
Menteri Kebajikan itu dipilih sebagai pengerusi parti itu selepas kongres parti yang diadakan dalam keadaan tegang pagi ini, kata pegawai rasmi Golkar.
Aburizal, 62, mendapat 296 undi berbanding pesaingnya, hartawan media, Surya Paloh yang menerima 240 undi.
Anak bongsu Suharto, Tommy Suharto yang membuat tawaran mengejut untuk mengetuai parti itu, gagal memperolehi, walau satu undi.
"Kami telah memilih seseorang dalam Parti Golkar, yang kami rasakan mampu mendapatkan kepercayaan rakyat serta memperbaiki imej parti.
"Aburizal Bakrie adalah jawapannya," kata ahli kongres Andi Mattalatta kepada AFP.
Pemilihan Parti Golkar diadakan di Pekanbaru, ibu negeri wilayah Riau, bermula tengah malam tadi dan berakhir subuh ini.
Aburizal menggantikan Naib Presiden Presiden, Jusuf Kalla, yang mendapat tempat ketiga dalam pilihan raya Presiden Indonesia pada Julai lalu yang dimenangi oleh Susilo Bambang Yudhoyono daripada Parti Demokrasi…
Ulasan: Dulu ingatkan hartawan boleh memimpin negara dengan baik. Rupanya Thaksin gagal. Berhati-hatilah bila memilih hartawan menjadi pemimpin negara kerana selamanya kekayaan negara adalah milik rakyat. Tidak ramai pemimpin menjadi zuhud bila di gerbang kuasa.
No comments:
Post a Comment