Monday, October 05, 2009

Harga telur ayam turun dua sen

KUALA LUMPUR 4 Okt - Harga telur ayam di Semenanjung turun dua sen berkuat kuasa esok.

Menurut kenyataan Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia hari ini, harga telur gred AA akan dijual pada harga 24.5 sen berbanding 26.5 sen pada masa ini, gred A 24 sen (26 sen), gred B 23 sen (25 sen), gred C 22 sen (24 sen), gred D 21 sen (23 sen) dan gred E 20 sen (22 sen).

Harga baru itu adalah berdasarkan kepada permintaan pasaran dan bekalan, kata kenyataan itu. – BERNAMA

Ulasan: Sampai bilakah orang Islam berpuas hati menjadi penguna @ pembeli? Pada hal, orang Islam sepatutnya fardhu kifayah menghasilkan sendiri keperluan kita. Kita mungkin rasa kita ada duit juta2, tapi tanggungjawab fardhu kifayah tak di penuhi, serta orang lain mengambil untung…

No comments: