BAITULMAQDIS 27 Okt. – Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International melaporkan sekatan yang dikenakan oleh Israel menghalang penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza daripada mendapat bekalan air yang mencukupi.
Penggunaan air per kapita setiap hari di Israel adalah empat kali lebih tinggi daripada penggunaan air di wilayah-wilayah Palestin, menurut Amnesty dalam laporannya hari ini.
Seorang rakyat Israel menggunakan 300 liter air sehari berbanding 70 liter sehari yang digunakan oleh seorang penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza.
“Air ialah satu keperluan dan hak asasi tetapi bagi ramai penduduk Palestin memperoleh bekalan air yang tidak bersih bagi memenuhi keperluan sendiri pun sudah menjadi sesuatu yang di luar kemampuan mereka,” kata penyelidik Amnesty mengenai Israel, Donatella Rovera…
Ulasan: Kerajaan haram Israel terus mendera pribumi Palestin dengan mencatu bekalan air di Tebing Barat dan Genting Gaza. Air adalah keperluan asas kehidupan.
No comments:
Post a Comment