Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, cara yang dilakukan oleh pembangkang itu akan menyemarakkan perasaan marah di kalangan umat Islam kerana al-Quran yang suci itu seolah-olah telah dipersendakan begitu rupa oleh orang bukan Islam dalam kempen pilihan raya kecil.
''Orang ramai akan marah dan mereka (Pas) terpaksa menjawab, apa sebabnya mereka benarkan perkara ini berlaku.
''Mereka perlu bertanggungjawab terhadap perkara itu. Inilah kerakusan mereka semata-mata untuk meraih sokongan dan mungkin bertujuan mempopularkan politik mereka sendiri," kata beliau ketika ditemui selepas meninjau jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Rumah UMNO Terengganu di Batu 7, Teluk Kemang di sini hari ini...
Ulasan: Kalau menghina dan mempersendakan Islam, pihak polis kena siasat dan ambil tindakan yang benar.
No comments:
Post a Comment