Friday, October 16, 2009

Jepun hentikan isi minyak tentera AS

TOKYO 15 Okt. – Jepun telah memaklumkan Amerika Syarikat (AS) bahawa ia akan menghentikan misi pengisian minyak untuk tentera laut AS bagi menyokong peperangannya di Afghanistan, sebulan sebelum Presiden Barack Obama mengadakan lawatan ke Tokyo.

Pegawai tertinggi Jabatan Pertahanan berkata, pengesahan rasmi yang dihantar ke White House dan Pentagon beberapa hari sebelum Setiausaha Pertahanan Robert Gates melawat Jepun itu, merupakan sebahagian usaha oleh kerajaan tengah kiri baru di Tokyo untuk menyusun semula hubungan keselamatannya dengan Washington.

Perdana Menteri Yukio Hatoyama, yang mengambil alih tampuk pemerintahan bulan lepas berkata, beliau mahu hubungan ‘lebih sama rata’ dengan AS dan disebabkan itu beliau menentang rancangan bagi pembinaan pangkalan tentera udara AS yang baru di selatan pulau Okinawa.

Hatoyama yang datang daripada parti pembangkang dan sangat menentang tindakan Jepun untuk bersekongkol dalam ‘peperangan Amerika’, telah berbulan-bulan memberitahu bahawa pihaknya tidak akan memperbaharui misi pengisian semula minyak untuk tentera laut di Lautan Hindi yang telah dilancarkan buat pertama kali pada tahun 2001…

Ulasan: Negara merdeka bertindaklah seperti negara yang merdeka.



No comments: