Wednesday, October 07, 2009

Penerima biasiswa kerajaan boleh sokong pembangkang

Penerima biasiswa dan bantuan kerajaan boleh menyokong pembangkang kerana bantuan yang disalurkan itu bukannya datang dari poket para pemimpin tetapi dari sumber kekayaan negara, kata seorang pemimpin PAS Khalid Samad.

Beliau, yang juga ahli jawatankuasa lajnah politik parti itu, berkata soal “berterima kasih” – seperti yang sering diuar-uarkan pemimpin BN dalam kempen-kempen pilihanraya – hanya akan digunakan oleh pemimpin-pemimpin yang terdesak.

“Saya rasa kita perlu berterima kasih, pertama sekali kepada tuhan, sebab itulah kita perlu taat kepada perintahnya dan mendukung perjuangan politik yang telah ditetapkannya kepada kita,” kata ahli parlimen PAS itu.

Beliau seorang penerima biasiswa kerajaan ketika melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada hujung 1970-an.

“Nombor dua, kita mesti berterima kasih kepada negara sebab duit yang digunakan untuk biasiswa kita itu bukanlah daripada poket mana-mana individu, tetapi daripada kekayaan negara,” kata Khalid, graduan Universiti Leeds dalam bidang kejuruteraan petroleum.

“Sebab itulah kita mesti mengejar agenda yang bertujuan ke arah menjadikan negara lebih baik,” katanya lagi dalam satu temuramah eksklusif dengan Malaysiakini pada hujung minggu lalu…
http://ntvirus.wordpress.com/2009/10/06/penerima-biasiswa-kjaan-boleh-sokong-pembangkang-khalid/

Ulasan: Walau di mana, prinsip yang adalah kita menyokong yang betul sahaja.

No comments: