Tuesday, October 27, 2009

Strategi baru urus aset

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Kerajaan sedang mempertimbangkan beberapa strategi baru bagi memantapkan pelaksanaan pengurusan aset negara dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara inisiatif yang dipertimbangkan untuk memantapkan pelaksanaan itu adalah strategi perolehan baru, perancangan bersepadu dan pembangunan lestari.

Beliau berkata, beberapa usaha sedang dipertimbangkan kerajaan bagi mengguna pakai Konsep Pengurusan Aset Secara Menyeluruh itu sebagai kerangka pengurusan strategik.

"Beberapa negara maju telah mengguna pakai Konsep Pengurusan Aset Menyeluruh dan Malaysia juga boleh berbuat demikian kerana konsep itu bersifat menyeluruh dan memiliki pendekatan penyelarasan yang mantap," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Konvensyen Pengurusan Aset dan Fasiliti Negara 2009 di sini hari ini…

Ulasan: Strategi baru akan gagal bila manusia rosak hatinya suka menyelewengkan harta negara. Bila kita cinta dunia.

No comments: