JOHOR BAHRU 1 Okt. - Orang ramai yang bertugas di beberapa bangunan tinggi di sekitar bandar raya ini bergegas turun menyelamatkan diri apabila gegaran turut dirasai akibat gempa bumi kuat di Sumatera, barat Indonesia pagi ini.
Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter itu berlaku pada 8.52 pagi ini (9.52 pagi waktu Malaysia).
Jabatan Bomba dan Penyelamat Larkin mengesahkan menerima lebih 15 laporan mengenai kawasan yang turut terjejas akibat gempa bumi itu sejak pukul 9.57 pagi.
Antara kawasan yang mengalami gegaran di sini termasuk Hotel Selesa, Wisma Landmark, Menara Public, Komtar, Menara Ansar, Bangunan KUmpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Plaza Pelangi dan Jalan Abdullah Tahir di sini.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – Utusan
Ulasan: Bila azab datang kerana maksiat menjadi-jadi semua akan kena. Cara untuk mengelakkan azab, menyuruh makruf dan melarang mungkar serta mengajak manusia supaya menjadi hamba Allah yang taat.
No comments:
Post a Comment