Thursday, October 15, 2009

Maut akibat tidak pulangkan CD

KUALA PILAH 14 Okt. - Hanya kerana tidak memulangkan sekeping cakera padat (CD) yang dipinjam, seorang lelaki warga Indonesia maut setelah dibelasah oleh dua rakan serumahnya.

Kejadian berlaku di rumah sewa mereka di Kampung Batu Condong di sini malam kelmarin dan mangsa yang cedera parah meninggal dunia pada pukul 8 pagi ini.

Berikutan itu, polis menahan seorang suspek warga Nepal pagi ini dan seorang lagi rakannya di Beting pada pukul 4.30 petang ini. Polis yakin kes tersebut telah dapat diselesaikan…

Ulasan: Jangan cepat marah @ bengkeng @ perongos bila berkawan. Kerana sekeping cakera padat (CD), seorang kawan mati di bunuh. Dan kita akan menghadapi pengadilan kerana sekeping CD.


No comments: