Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan. Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.
Perlu diingat, Isa pernah digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004 yang pada mulanya dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.
Ini sekaligus jelas menunjukkan bahawa UMNO tidak pernah bersunguh-sungguh mahu menghapuskan budaya politik wang@rasuah politik. Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia begitu bersemangat ketika pemilihan agung UMNO Mac lalu berucap yang beliau mahu menghapuskan budaya rasuah politik dalam pemilihan UMNO selepas ini namun dengan pemilihan Isa Samad sebagai calon yang bertanding dalam PRK Dun Bagan Pinang kali ini, jelas menunjukkan yang ucapan berkenaan hanya sekadar di bibir sahaja.
Orang lama UMNO, Dr Mahathir juga menganggap imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi rasuah politik sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon. Isa, kata Dr Mahathir lagi, sudah didapati bersalah dan kalau Umno letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.
Keputusan di tangan pengundi Bagan Pinang. Ya, UMNO akan menggunakan kelebihan dengan mandat yang diperoleh sekarang (memerintah N.Sembilan) untuk memancing undi daripada pengundi Bagan Pinang dengan berbagai taburan projek mee segera, janji2 manis dan sebagainya namun pengundi berhak menolaknya secara bijak dan berhemah. Imej rasuah perlu ditolak sehabis-habisnya. Jangan terpengaruh dengan apa jua janji mereka. Pilihlah calon Pas tak kira siapa pun gerangannya. Ingatlah, Islam semakin diterima, janganlah digadaikan maruah agama hanya kerana kepentingan diri. Selamat Mengundi!!!
http://lintangsepukang.blogspot.com/2009/09/umno-tak-pernah-serius-bendung-gejala.html
Mahathir: Jika saya Isa Samad...
Sep 26, 09 2:49pm
Mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan bekas naib presiden Tan Sri Isa Samad supaya tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.
"Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya.
"Tetapi di Malaysia, budaya seumpama itu tidak wujud," kata Dr Mahathir kepada pemberita ketika ditemui di majlis hari terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan.
Mengenai tindakan akar umbi Umno di situ yang tetap berkeras mahu Isa bertanding, Dr Mahathir berkata, mereka tidak mengambil kira kepentingan parti secara keseluruhannya.
Sebaliknya, kata beliau, mereka berpandangan singkat dan hanya melihat kepentingannya dan kepentingan bahagian sahaja.
"Jika parti meletakkan calon yang tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk," katanya.
Dr Mahathir berkata, walaupun penting bagi Umno menang di Bagan Pinang, tetapi calon yang tercemar akan memalukan parti dan kerajaan BN.
Dari http://malaysiakini.com/news/113639
No comments:
Post a Comment