Pengundi-pengundi kaum India dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang turut menegaskan, tindakan pembangkang mengeksploitasi isu membabitkan kaum itu adalah keterlaluan.
R. Seethalcthcmy, 39, yang menetap di Bandar Ekar, Rantau dan mengundi di Ladang Atherton, Bagan Pinang berkata, semua kemahuan kaum India telah diberi perhatian oleh pemimpin BN.
''Biasalah kadangkala ada perkara yang diminta tidak dapat ditunaikan. Tetapi itu tidak bermakna kerajaan BN terus mengabaikan kaum India.
''Kadangkala isu membabitkan kaum India ini dimanipulasi oleh pembangkang sehingga ada ketikanya menyaksikan kita tersepit, seolah-olah kehidupan kaum India teruk sekali," katanya yang ditemui di Taman Bunga Raya, Siliau, Rantau dekat sini malam tadi.
Menurutnya, dengan kerajaan berusaha meningkatkan taraf hidup dan menyediakan kemudahan rumah yang baik untuk kaum India, selain membenarkan pembinaan kuil bagi tujuan ibadat, amat wajar sekali mereka berterima kasih.
''Apa lagi yang kita mahu, sekolah sudah diberi perhatian, rumah sudah ada, makan semua cukup. Balaslah budi baik kerajaan," kata Seethalcthcmy...
Ulasan: Siapa sepatutnya terhutang budi? Kerajaan BN sepatutnya terhutang budi kerana sokongan padu rakyat tanpa soal menyebabkannya rasuah dan penyelewengan membelit negara. Sekarang rakyat sudah sedar dan menolak pemimpin politik dan calon yang tidak bersih.
No comments:
Post a Comment