Tuesday, May 11, 2010

Malaysia bukan negara kuku besi?

Malaysia bukan negara kuku besi - Tun Mahathir

KUALA LUMPUR 10 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menolak dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Malaysia adalah sebuah negara kuku besi kerana pembangkang tidak mampu membentuk sebuah kerajaan.

"Pembangkang kata kita adalah sebuah negara kuku besi kerana mempunyai parti sama memerintah negara sejak kemerdekaan tetapi kita melihat pembangkang mempunyai peluang untuk menang di semua peringkat pilihan raya.

"Mereka juga mampu membentuk kerajaan (di beberapa negeri). Ini mebuktikan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi kerana pembangkang sebenarnya boleh menang," katanya semasa menyampaikan cermah bertajuk Peneraju Tadbir Urus - Imbasan Pengalaman Malaysia di sini hari ini.

Ceramah ulang tahun ke-50 itu anjuran Institut Setiausaha dan Pentadbiran Berkanun Malaysia.

Dr. Mahathir juga menekakan pentingnya Barisan Nasional (BN) menguasai semula dua pertiga majoriti di Parlimen supaya memiliki kuasa seimbang agar dapat mentadbir negara tanpa banyak halangan daripada pembangkang….

Ulasan: Untuk mengetahui siksanya berjuang melawan BN maka di jemput Tun Mahathir masuk parti pembangkang atau buat parti pembangkang walaupun sekejap. Walaupun secara formalnya, negara ini masih lagi negara demokrasi, tapi pelbagai cara termasuk akta kejam seperti ISA menyebabkan tak berapa jauh dari negara kuku besi. 

No comments: