Monday, May 10, 2010

Merasuah pengundi 1: Sememangnya cara kempen BN

RM18 juta untuk projek teknologi rakyat

SIBU 9 Mei - Kerajaan memperuntukkan RM18 juta untuk melaksanakan 165 projek teknologi rakyat bagi membantu masyarakat pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak untuk sama-sama menikmati arus pemodenan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, kementerian telah mengenalpasti 25 teknologi yang bersesuaian untuk dilaksanakan melalui program yang dikenali sebagai TAPMOSTI@Community.

"Projek-projek yang bernilai antara RM100,000 dan RM150,000 itu akan ditawarkan untuk dilaksanakan oleh ahli-ahli parlimen di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran projek pembekalan tenaga teknologi solar untuk makmal komputer Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Tutus, yang terletak kira-kira satu jam perjalanan melalui bot, hari ini.

Katanya, antara teknologi yang dikenalpasti untuk dilaksanakan di bawah program itu ialah projek membekalkan tenaga solar, sistem pengkomputeran, teknologi untuk nelayan, tanaman baru seperti gaharu dan teknik pembajaan terkini.

"Kita mahu membawa teknologi moden ciptaan pelbagai agensi kerajaan ini kepada rakyat untuk merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar," katanya.

Mengenai projek makmal komputer di SK Nanga Tutus, beliau berkata, sistem yang dibekalkan ke sekolah itu menggunakan teknologi inovasi terbaru yang mana ia mampu menampung keperluan tenaga makmal komputer itu untuk beroperasi 24 jam sehari.

"Kementerian melalui agensi-agensinya membekalkan enam panel solar, sistem aliran dan penukaran tenaga, bateri, enam buah komputer dan dua mesin pencetak untuk projek ini," katanya….

Ulasan: Merasuah pengundi bukan kesalahan di Malaysia? SPR oh SPR.

No comments: