Wednesday, May 05, 2010

Siasatan rasuah: Menteri Industri Itali meletakkan jawatan dalam kabinet

ROME 5 Mei - Menteri Industri Itali, Claudio Scajola, yang meletakkan jawatannya dalam kabinet semalam, berkata dia memerlukan masa untuk membela dirinya berhubung tuduhan bahawa seorang ahli perniagaan yang kini disiasat atas dakwaan melakukan rasuah menanggung pembelian sebuah pangsapuri mewahnya di bandar ini.

Scajola menafikan melakukan kesalahan tetapi mengatakan dia tidak mampu meneruskan tugasnya sebagai Menteri ketika dia perlu berdepan dengan tuduhan berkenaan.

“Sebagai seorang Menteri, saya tidak boleh menginap dalam sebuah rumah yang dibayar orang lain.

“Ini adalah sebab utama yang memaksa saya meletakkan jawatan sebagai Menteri bagi meyakinkan bahawa saya tidak terbabit dalam tuduhan dan saya pasti, ia akan dibuktikan,” katanya pada satu sidang media…

Ulasan: Elok menjadi ikutan BN/UMNO yang bermati2an mahu pertahan jawatan.

No comments: