Friday, May 07, 2010

Tak wajar pegang banyak jawatan dalam GLC

KUALA LUMPUR 6 Mei – Kementerian Kewangan diminta mengkaji kaedah pelantikan jawatan tertinggi dalam syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi bagi memastikan tiada individu memegang beberapa jawatan penting serentak.

Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, langkah itu amat penting bagi memastikan individu yang diberi amanah menerajui GLC dapat melunaskan tanggungjawab mereka secara fokus.

Sebagai contoh dakwanya, seorang tokoh korporat, Datuk Mohd. Bakke Salleh didapati memegang dua jawatan penting sekali gus iaitu sebagai Pengerusi Bank Islam dan CEO sebuah anak syarikat Felda.

Beliau turut mempersoalkan adakah individu berkenaan mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat beberapa tugasan serentak sedangkan syarikat yang diterajui mereka membabitkan kepentingan awam.

“Soalnya kalau individu berkenaan menjadi CEO dalam anak syarikat Felda tetapi pada masa sama menjadi Pengerusi Bank Islam, macam mana dia nak buat kerja? Takkanlah tiada orang lain di negara ini yang boleh pegang jawatan itu.

“Kenapa satu orang boleh memegang dua atau tiga jawatan dalam GLC, kita tidak mahu ada pihak tertentu menggunakan peluang ini untuk kepentingan mereka.

“Kita nak biarlah individu yang dilantik melaksanakan tugas secara fokus, barulah GLC boleh beroperasi dengan baik,” katanya yang ditemui di lobi Parlimen, hari ini…

Ulasan: Cintakan dunia atau perlu kongsi nikmat bersama?

No comments: