Tuesday, May 11, 2010

Berbasikal dari China ke Rusia

PUTRAJAYA 10 Mei - Demi menyahut semangat 'Malaysia Boleh', seorang pemuda, Zahariz Khuzaimah, 30, akan melakukan penjelajahan berbasikal secara solo dari Litang di Selatan China sehingga ke Omsk di bahagian tengah Rusia yang menyaksikan perjalanan paling mencabar di dunia sejauh 10,000 kilometer.

Penjelajahan yang mengambil masa kira-kira tujuh bulan itu membabitkan jalan darat merentasi lembah paling dalam di dunia, Tiger Leaping Gorge di Yunan termasuk merentasi Tibet dan Banjaran Himalaya iaitu kawasan tertinggi di dunia.

Zahariz yang merupakan bekas pensyarah sebuah kolej berkata, penjelajahan itu merupakan impiannya sejak kecil dan cabaran pertama merentasi dunia secara berbasikal.

"Program ini merupakan satu usaha untuk mempromosikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan di samping memperkenalkan Malaysia dengan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang perjalanan saya.

"Aktiviti pengembaraan secara berbasikal menjadi minat saya sejak kecil yang saya fikir ia merupakan cara terbaik untuk menikmati keindahan alam semulajadi," katanya…

Ulasan: Balik nanti, sokonglah parti yang berusaha untuk wujudkan kerajaan yang telus, adil dan bersih dari rasuah.  

No comments: