SIBU 10 Mei - Isu kenaikan gaji dan elaun guru yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan profesion itu akan diperhalusi sebelum ia dilanjutkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau mengakui skim kakitangan guru sedia ada perlu mengalami penambahbaikan tetapi perkara itu perlu penelitian terperinci sebelum dimuktamadkan untuk kebaikan 380,000 orang guru di seluruh negara.
Selain itu, beliau yang juga Menteri Pelajaran turut berkata, beberapa skim baru membabitkan elaun guru dan kenaikan pangkat yang lebih komprehensif akan diumumkan pada Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ahad ini.
"Pada sambutan Hari Guru, saya akan menyampaikan beberapa perkara penting untuk hala tuju pendidikan dan profesion perguruan masa depan," katanya pada sesi dialog di Majlis Perjumpaan Guru-Guru Bersama Timbalan Perdana Menteri di Dewan Centenary Sekolah Menengah Sacred Heart di sini hari ini…
Ulasan: Di negara yang belum MAJU pilihan raya dan pilihan raya kecil menjadi gelanggang menabur janji pembangunanuntuk memenangi atau merasuah pengundi. Sampai bila rakyat diperbodoh-bodohkan kerana pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan yang ada? Parti outdated memang begitu caranya.
No comments:
Post a Comment