Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perjuangan itu perlu dilakukan kerana keadaan global dikhuatiri berupaya mempengaruhi dan mencabar perkembangan nilai-nilai tersebut.
Justeru, katanya, Malaysia dan Indonesia akan mengaplikasikan sepenuhnya keupayaan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masing-masing untuk tujuan berkenaan.
''Budaya di kedua-dua negara seperti bahasa Melayu dan Indonesia mempunyai potensi baik untuk berkembang.
''Ini kerana bahasa-bahasa tersebut mempunyai 300 juta penutur dari Malaysia, Indonesia, Brunei, selatan Thailand dan sedikit di Singapura," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan makan malam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Dalam Bidang Penerangan dan Komunikasi (JCICM) 2010 di antara Malaysia dan Indonesia di sini, malam ini.
Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia, Ir. Tifatul Sembiring...
Ulasan: Ada lebih dari 200 juta umat Islam di Nusantara. Semarakkan dakwah untuk membantu orang lain mengamalkan Islam.
No comments:
Post a Comment