Tuesday, May 04, 2010

Pos Malaysia Berhad kerugian sebanyak RM546 juta

Nor Mohamed, Khazanah perlu jelaskan

KUALA LUMPUR 3 Mei - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) meminta Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Tan Sri Azman Mokhtar menjelaskan mengenai kerugian sebanyak RM546 juta yang ditanggung Pos Malaysia Berhad.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata, kedua-dua pihak tersebut perlu memberikan penjelasan itu kerana Pos Malaysia telah dipindahkan daripada Kementerian Kewangan kepada Khazanah pada 2006.

Pada masa itu, jelas beliau, Nor Mohamed merupakan Menteri Kewangan Kedua dan Azman pula adalah Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah).

"Nor Mohamed dan Khazanah perlu memberikan penjelasan yang benar dan tepat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kerugian sebanyak RM546 juta yang ditanggung Pos Malaysia.

"Mereka berdua juga perlu mendedahkan siapakah individu atau perkumpulan yang telah mendapat manfaat hasil daripada kerugian tersebut kerana ia juga penting untuk rakyat Malaysia mengetahuinya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini….

Ulasan: Ada orang yang untung dari kerugian orang lain. Inilah style BN/Umno menguruskan syarikat.

No comments: