Tuesday, May 11, 2010

Israel langgar syarat rundingan damai

RAMALLAH 10 Mei - Pihak berkuasa Palestin membuat laporan kepada Amerika Syarikat (AS) mengenai pelanggaran pertama Israel terhadap rundingan damai tidak langsung yang baru dilancarkan, kata pegawai kanan Palestin.

Pegawai itu, Yasser Abed Rabbo berkata, pembinaan 14 buah rumah untuk penduduk Yahudi di Timur Baitulmaqdis seperti yang dilaporkan oleh pertubuhan perdamaian Israel, Peace Now telah melanggar perjanjian awal yang baru bermula semalam.

"Ini adalah pelanggaran pertama syarat perjanjian untuk mengadakan perbincangan rundingan damai tidak langsung," katanya yang juga merupakan ahli jawatankuasa eksekutif pertubuhan Liberal Palestin.

"Kami akan bertindak serta-merta untuk menghentikannya kerana tidak mahu perbincangan itu bertindak untuk melindungi pembinaan penempatan berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, seorang pegawai kanan Israel berkata, penempatan berkenaan dibina oleh sebuah pihak swasta dan kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya.

Datuk Bandar Baitulmaqdis, Nirt Barkat bagaimanapun memberitahu, pihaknya akan terus menyiapkan rancangan pembinaan penempatan di seluruh bandar berkenaan untuk rakyatnya.

"Kami yakin Perdana Menteri tidak akan membenarkan pembekuan ini walau apa cara sekalipun," katanya dalam satu kenyataan….

Ulasan: Sekiranya anda punya masa untuk menghabiskan masa sila berunding dengan Israel yang terkenal dengan sifat melanggar syarat perjanjian.

No comments: