Tuesday, May 11, 2010

Kaji gabung bank-bank awam

KUALA LUMPUR 10 Mei - Pakar ekonomi, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan dewan perniagaan memberi pandangan bercampur berhubung cadangan supaya bank-bank awam di negara ini bergabung.

Kalangan mereka yang bersetuju berpendapat, penggabungan itu mampu menambah dana terkumpul bank berkenaan sekali gus meningkatkan keupayaan untuk mengurangkan kadar faedah yang dikenakan kepada peminjam.

Ia juga membolehkannya mempelbagai produk pinjaman yang ditawarkan. 

Bagaimanapun, ada juga yang menolak cadangan itu dengan alasan setiap bank berkenaan mempunyai matlamat penubuhan berbeza yang akan terhakis sekiranya digabungkan.

Penganalisis ekonomi, Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, bank- bank milik kerajaan kini tidak dapat menawarkan kadar faedah pinjaman yang rendah berikutan dana terhad yang dimiliki mereka…

Ulasan: Lagi sekali? Masa untuk kroni BN berebut-rebut. Masa untuk haramkan riba dalam perbankan.

No comments: