PUTRAJAYA 4 Mei - Pasukan panel khas bagi memantau siasatan ke atas insiden seorang remaja, Aminulrasyid Amzah,15, yang terkena tembakan polis pada 26 April lalu akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) polis termasuk membabitkan penggunaan senjata api ketika bertugas.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, panel tersebut akan meneliti prosedur terkini yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Daerah serta modul latihan yang diguna pakai.
''Jika perlu dilakukan penambahbaikan kita akan membuat perakuan.
''Dari segi mekanismenya, kita juga boleh menemu duga pegawai-pegawai yang terlibat dalam siasatan kes tersebut," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat pertama panel khas tersebut di sini hari ini…
Ulasan: Lebih seminggu, barulah nampak polis menerima hakikat polis telah menembak mati seorang remaja. Keadilan kepada Adik Amirulrasyid.
No comments:
Post a Comment