PUTRAJAYA 4 Mei - Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Isnin ini setelah rayuan akhirnya untuk membatalkan pertuduhan tersebut ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.
Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria berpuas hati bahawa tuduhan liwat itu wajar dikekalkan meskipun laporan klinikal menunjukkan tidak berlaku kemasukan zakar.
Ketika membacakan keputusan ringkas yang dibuat sebulat suara itu, Hakim Arifin menyatakan, panel tersebut sudah meneliti keseluruhan laporan perubatan oleh tiga doktor yang memeriksa pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25.
''Mahkamah mendapati laporan yang menyatakan tidak berlaku kemasukan zakar itu gagal menyokong rayuan Anwar bagi membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya,'' ujar beliau…
Ulasan: Apakah mahkamah menjadi mahkamah kangaroo lagi? Dulu tilam diusung naik turun ke mahkamah.
No comments:
Post a Comment