Tuesday, May 11, 2010

Malaysia dipelawa import beras Kemboja?

PHNOM PENH 10 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Kemboja mempelawa Malaysia mengimport beras dari negara itu yang kini mempunyai lebihan sebanyak 3.5 juta tan metrik bagi memenuhi keperluan beras negara.

Perdana Menteri berkata, perkara itu dinyatakan secara khusus oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen ketika pertemuan dua hala kedua-dua pemimpin hari ini.

"Beliau (Hun Sen) mempelawa syarikat-syarikat dari Malaysia untuk mendirikan kilang-kilang memproses padi dan seterusnya mengeksport beras Kemboja," katanya kepada media Malaysia selepas majlis Makan Tengah Hari dan Forum Perniagaan Malaysia-Kemboja di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Kemboja, Datuk Pengiran Mohd. Hussein Mohd. Tahir Nasruddin.

Sebanyak 30 peratus atau kira-kira 750,000 tan metrik daripada keperluan beras negara merupakan beras yang diimport…..

Ulasan: Kemboja yang lebih mundur dari kita pun boleh eksport beras? Mana kehebatan kita? Bayangkan sekiranya berlaku peperangan bila makanan asasi pun bergantung kepada import?

No comments: