Tuesday, May 11, 2010

Polis : Analisis risiko selepas tugas

PULAU PINANG 10 Mei – Setiap anggota polis disaran supaya menganalisis risiko setiap kali selepas menjalankan sesuatu tugasan sebagai persediaan untuk menghadapi pelbagai bentuk cabaran yang bakal muncul pada masa hadapan.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, seluruh warga polis perlu mengambil iktibar daripada kejadian tembakan ke atas dua remaja baru-baru ini yang membabitkan anggota pasukan itu.

Menurutnya, memang mudah untuk pelbagai pihak memperkatakan mengenai kejadian itu kerana mereka tidak berada di dalam situasi tersebut, namun ia boleh terjadi kepada mana-mana warga polis.

“Insiden tembakan itu perlu menjadi pengajaran kepada semua pegawai dan anggota kerana apa jua tindakan yang dilakukan polis sering diperhatikan masyarakat.

“Jadi, kita perlu mengambil pendekatan sering berbincang mengenai prosedur operasi standard (SOP) dengan ketua masing-masing sebagai persediaan kepada mereka kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Khas Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini…

Ulasan: Cukuplah jangan tembak rakyat lagi tanpa ikut SOP.

No comments: