SEREMBAN 9 Mei - Seorang anggota polis berpangkat konstabel yang terlibat dalam kes tembak seorang remaja di Jalan Seremban-Jelebu dekat sini semalam kini ditahan direman selama seminggu untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berusia 20 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu atas kesalahan cubaan membunuh.
"Buat masa ini, kita menyiasat kes berkenaan mengikut cubaan membunuh. Ini kerana anggota polis yang ditahan itu tidak mengikut prosedur bila sepatutnya dia menggunakan senjata api," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah Osman, pihaknya telah mengambil kenyataan anggota polis terbabit yang bertugas di Balai Polis Rahang dekat sini dan berkhidmat lebih setahun lalu.
Dalam kejadian pukul 3.30 pagi semalam, seorang remaja cedera parah di bahagian perut selepas seorang anggota polis melepaskan satu das tembakan semasa mengejar remaja itu di Jalan Seremban-Jelebu.
Mohd. Azizi Aziz, 17, dikatakan ditembak kerana tidak memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan oleh anggota polis kereta peronda.
Tembakan yang dilepaskan itu terkena bahagian perut Mohd. Azizi hingga tembus ke usus menyebabkan dia terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja'afar di sini.
Siasatan awal polis mendapati, Mohd. Azizi menunggang motosikal kawannya jenis Honda EX5 dan tidak mempunyai lesen….
Ulasan: Polis oh polis. Bila menterimu akan letak jawatan?
No comments:
Post a Comment