Monday, May 03, 2010

RM100 juta baiki jeti nelayan di seluruh negara

PARIT BUNTAR 2 Mei - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk memperbaiki jeti-jeti nelayan di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkata, peruntukan yang diberikan itu diharap dapat memodenkan jeti-jeti nelayan sedia ada dan yang terlalu uzur.

Katanya, peruntukan di bawah Program Pakej Rangsangan Ekonomi Negara diharap dapat membaik pulih jeti bagi kegunaan nelayan dalam meningkatkan ekonomi mereka.

"Selain itu, peruntukan ini digunakan untuk membina gerai dan beberapa kemudahan untuk nelayan meningkatkan pendapatan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Persidangan Agung Tahunan UMNO Cawangan-cawangan dalam Bahagian Parit Buntar dekat sini hari ini….

Ulasan: Pastikan projek berjalan dengan tidak membazirkan duit rakyat. Pesanan dari juruukur bahan pilihlah kontraktor yang berupaya melaksanakan kerja (berpengalaman dalam melaksanakan kerja yang serupa dan mempunyai modal yang secukupnya) bukan hanya hebat berunding untuk dapat projek dan selepas itu menjual projek kepada pihak lain dan dapat duit atas angin.

No comments: