Monday, May 03, 2010

Liga Arab sokong rundingan damai Asia Barat

KAHERAH 2 Mei - Liga Arab menyokong rundingan damai tidak langsung antara Palestin dan Israel yang diusahakan Washington, namun turut menyuarakan keraguan terhadap komitmen dalam proses itu.

Ketua Perunding Palestin, Saeb Erakat memberitahu sidang media di ibu negara Mesir ini semalam bahawa keputusan untuk menyambung rundingan damai tidak langsung akan dibuat oleh jawatankuasa eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat jawatankuasa liga itu yang dihadiri 11 Menteri Luar Arab, keculai Syria yang diwakili dutanya ke Kaherah.

Erakat, bagaimanapun memberi amaran bahawa sebarang pembinaan penempatan haram di timur Baitulmaqdis yang sebelum ini menggagalkan rancangan rundingan, akan membuatkan pihak Palestin menarik diri daripada rundingan tidak langsung itu.

"Jika mereka membina walau satu daripada 1,600 unit, kami tidak akan pergi ke meja rundingan," katanya merujuk kepada rancangan Israel membina lebih banyak penempatan haram di kota suci itu…

Ulasan: Apa yang di harap dari negara penjajah 62 tahun Israel selain dari berunding dan berunding padahal Israel sendiri tidak mengotakan janji. Mahu 62 tahun lagi berunding?

No comments: