Monday, May 03, 2010

APCO: Heret pemimpin BN ke muka pengadilan

MELAKA, 3 Mei: PAS Kawasan Bukit Katil yang mengadakan Mesyuarat Agung kali ketujuh semalam, meluluskan sebulat suara usul mengheret pemimpin kerajaan BN ke muka pengadilan kerana sanggup menggunakan khidmat APCO dalam kerja-kerja melibatkan keselamatan negara.

Usul yang dibentangkan secara tergempar oleh Dewan Pemuda Kawasan itu diterima sebulat suara tanpa sebarang bantahan.

Semasa membentangkan usul tersebut, wakil Dewan Pemuda Kawasan Bukit Katil, Jauhar Md Dawi berkata kedurjanaan, kecurangan dan kebiadapan pemimpin kerajaan BN benar-benar mengguriskan hati rakyat Malaysia dan umat Islam seluruh dunia.

“Mereka mesti disiasat dan diheret ke muka pengadilan kerana membelakangkan undang-undang kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel selain membazirkan duit rakyat dan mungkin berlakunya penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan undang-undang negara dibelakangkan,” ujarnya.

Ulasan: Eloklah PDRM siasat dengan telus siapa angkara menyebabkan keselamatan negara terdedah krpada ajen Israel. Jangan sampai mengambil musuh menjadi penasihat negara pula.

No comments: